Tuesday, 10 April 2012

Apabila hati berkata sayang, kata-kata bukanlah sekadar ungkapan indah..





Kita pernah "DISAKITI"
dan mungkin pernah "MENYAKITI"
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhati..

:: Kita pernah "DITIPU"
dan mungkin pernah "MENIPU",
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN..

::
★ :: Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF..

::
★ :: Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap boleh kita lakukan..
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

"Semalam adalah sejarah, hari ini penentu realiti..& esok suatu yang misteri"

★ Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua

★ JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi
Sampai Allah memanggil:
"Waktunya kita KEMBALI.

 

Sunday, 18 March 2012

4 AMALAN SUNNAH SEBELUM TIDUR...



Tidur adalah tabiat semulajadi setiap insan..Tidak ketinggalan juga makhluk Allah yang lain seperti haiwan. Rasulullah ada meninggalkan beberapa sunnahnya untuk kita sama-sama ikuti..antaranya..

1- Tidur dengan berwudhu'.

RASULULLAH SAW bersabda mafhumnya :
"Apabila kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwudhu'lah dengan wudhu' kamu untuk bersolat, kemudian baringlah di atas rusuk kamu yang kanan"
[Al-Bukhariy/ 6311 , [Muslim/ 2712]

2- Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebelum tidur.

Daripada `A'isyah radhiyallanha `anha berkata mafhumnya :
RASULULLAH SAW apabila mendatangi katilnya setiap malam, dia mengumpulkan dua tapak tangannya, kemudian menghembus pada kedua-duanya, dengan membaca pada kedua-duanya : Qul huwALLAHU ahad, Qul a'uzu birabbil-falaq, dan Qul a'uzu birabbin-nas. Kemudian dia menyapu dengan kedua-dua tangannya pada apa yang dia mampu daripada tubuhnya, dia bermula dari atas kepalanya dan mukanya sehingga apa yang sampai daripada tubuhnya. Dia melakukannya sebanyak tiga kali. [Al-Bukhariy/ 5018]

3- Membaca takbir, tasbih dan tahmid apabila masuk tidur.

RASULULLAH SAW berkata kepada Fatimah ketika Fatimah meminta agar diberikannya seorang pembantu :

"Mahukah aku tunjukkan kamu berdua terhadap apa yang lebih baik untuk kamu daripada seorang pembantu? Apabila kamu berdua mendatangi katil, atau kamu berdua mengambil tempat tidur kamu, maka bertakbirlah ( Allahu akbar ) 33 kali, dan bertasbihlah ( Subhanallah ) 33 kali dan bertahmidlah ( Alhamdulillah ) 33 kali. Maka ini adalah lebih baik bagi kamu berdua daripada seorang pembantu "
[Al-Bukhariy/ 6318] NOTA: Bertakbir ialah menyebut Allahu akbar. Bertasbih ialah menyebut Subhana Llah. Bertahmid ialah menyebut Al-hamdu liLlah.

4- Solat witir

Dari Ibnu Abbas dalam Musnad Ahmad antara maksudnya :
Kekasihku sallallahu `alaihi wasallam mewasiatkan tiga perkara kepadaku (yang tidak akan aku tinggalkan sepanjang hayatku) ; berpuasa 3 hari setiap bulan, mengerjakan 2 rakaat solat dhuha dan bersolat witir sebelum tidur.
( Hadis Dhoif ) 

# sama-samalah kita praktikkan sunnah Nabi s.a.w...

 
meow pn tido jgak..comel kn..=)

kenapa doa kita ditolak????



Kita sering kali berdoakan kepada Allah swt, akan tetapi kita tidak pernah menyiasat kenapa doa kita tidak dimakbulkanNya. 
Oleh itu, marilah kita lihat antara sebab-sebab doa tidak diterima oleh Allah: 

1- Kamu menyatakan bahawa kamu beriman kepada Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya 

2- Kamu mendakwa bahawa kamu mencintai Rasulullah SAW. Tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya. 

3- Kamu meyakini bahawa al-Quran itu adalah benar, namun kamu tidak mengamalkannya 

4- Kamu telah banyak menikmati nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya 

5- Kamu meyakini bahawa iblis dan syaitan itu adalah musuhmu, tetapi kamu menuruti segala tunjuk ajar mereka 

6- Kamu menyatakan bahawa kamu meyakini tentang wujudnya syurga, tetapi kamu tidak berusaha melaksanakan amal yang boleh membawa kamu ke sana 

7- Kamu menyatakan bahawa neraka itu benar, tetapi kamu kamu tidak berusaha menjauhkan diri darinya, bahkan melakukan perbuatan yang bakal mencampakkan dirimu ke sana 

8- Kamu menyatakan bahawa kematian itu adalah satu kebenaran, tetapi kamu tidak bersedia dengan amalan untuk menghadapinya 

9- Kamu sering memperkatakan keaiban orang lain, tetapi kamu lupakan keaiban dirimu sendiri 

10- "Kamu selalu menghantar jenazah ke kuburan, tetapi kamu langsung tidak mengambil iktibar daripadanya, bahawa kamu juga akan dibawa ke sana.” 

# sama-samalah kita muhasabah diri =)...


doa menjernihkan hati umpama air yang putih bersih..



doa melembutkan jiwa yg keras..
rasa tenang mlihat keindahan dan klembutan wrna bnga ini..


Allah..prmulaan dan pengakhiran segalanya..

Thursday, 23 February 2012

jodoh



►►►Rupa◄◄◄

✽
✽ Jangan memilih Rupa..Tetapi bertanya..Adakah dirimu secantik Nabi Yusuf..✽ ✽

►►►Harta ◄◄◄

✽
✽ Jangan memilih harta..Tetapi bertanya..Adakah dirimu sekaya akhlak Nabi Muhammad s.a.w..✽ ✽
 




►►►Pangkat ◄◄◄

✽
✽ Jangan memilih yang berpangkat..Tetapi bertanya..Adakah diriku setinggi darjatnya disisi Allah S.W.T ✽ ✽
 

►►►Cantik akhlak.. ◄◄◄

✽
✽ Memilih akhlak yang berbudi pekerti..Tetapi sebelum pilih..bertanya pada diri..Adakah dirimu berakhlak mulia..✽ ✽
 ►►►Inginkan Yang Hampir Sempurna.. ◄◄◄✽ ✽ 
 Jangan memilih yang hampir sempurna..Tetapi bertanya..Adakah dirimu hampir sempurna..✽ ✽

❣❣ Jadilah solehah andai kamu inginkan yang soleh..Jadilah soleh andai kamu inginkan yang solehah.Sesungguhnya..Allah Tahu Yang Terbaik untuk hambaNya ❣❣

❝Nasihat ini..sering ku pegang..Agar diriku perbaiki diriku andai ingin yang terbaik..Diriku penuh kekurangan.Sungguh diriku hanya hamba Allah yang dhaif
❞

❝Jangan Mencari Yang Sempurna..Kelak..Merana dirimu..Kerana Itu..Ramai Orang Tiada bernikah..Tiada Manusia yang sempurna..Tetapi terimalah mereka seadanya
❞
 
 
 
Berusaha melatih diri agar BERSEDERHANA dan BERSYUKUR dalam setiap perkara dan situasi... 
Percayalah sahabatku.. DOA yg kita panjatkan.. sentiasa didengar dan diperkenankan oleh yg Maha KUASA...
Mungkn sebenarnya hari ini kita ditakdirkan untk dtimpa musibah, namun berkat d0a yg kita panjatkan, kita telah DILINDUNGI.. ♥ 
Sentiasalah mengucapkn syukur pada NYA... Alhamdulillah ya ALLAH..^_^



  
malam yg mndamaikan dtg drpd Allah..
Alhamdulillah...

alangkah ruginya..


Subuhnya♥
Dimana aku berada

Masih enak dalam kelambu rindu

Sambil berpoya-poya dengan waktu

Masa bagaikan menderu

Langkah tiada arah tuju

Fikiran terus bercelaru

Terlupa aku semakin di hujung waktu

Siapa aku di depan Rabbku.


Zohornya♥

Aku lebih memikirkan tetang kelaparan

Kehausan dan rehatku

Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku

Aku bertolak ansur dengan waktu

Aku gembira membilang keuntungan

Aku terlupa betapa besar kerugian

Jika aku menggadaikan sebuah ketaatan

Siapa aku di depan Rabbku.


Asarnya♥

Aku lupa warna masa

Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak

Aku masih dengan secawan koko

Terlupa panas tidak di hujung kepala

Aku masih bercerita

Tentang si Tuah yang setia dan Jebat yang derhaka

Siapa aku di depan Rabbku.


Maghribnya♥

Aku melihat warna malam

Tetapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya

Mencari sisa-sisa keseronokan

Tidak terasa ruang masa yang singkat

Jalan yang bertongkat-tongkat

Ruginya bertingkat-tingkat

Siapa aku di depan Rabbku.


Isyaknya♥

Kerana masanya yang panjang

Aku membiarkan penat menghimpit dadaku

Aku membiarkan kelesuan menggangguku

Aku rela terlena sambil menarik selimut ungu

Bercumbu-cumbu dengan waktuku

Siapa aku di depan Rabbku.


Kini♥

Aku menjadi tertanya-tanya

Sampai bila aku akan melambatkan sujudku

Apabila azan berkumandang lagi

Aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi

Kerana di hujung hidup ada mati

Bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini

Jika ruangku dibiarkan kosong

Jika wajahku menjadi asing

Pada mentari, bulan dan juga bintang-bintang
 

repost sedikit perkongsian..