Sunday 13 May 2012

untukmu ayah..


Ayah,
Setiap kali memandang wajahmu
Hati ini begitu bersyukur
Hati ini begitu bahagia
Kedapatan seorang ayah sepertimu.

Ayah,
Kehidupanku terasa bermakna
Dengan titik peluhmu
Aku dan adik-adik mengenali dunia
Dengan kasih-sayangmu
Aku dan adik-adik mengenali bahagia
Dengan ilmumu
Aku dan adik-adik mengenali Allah Yang Maha Esa.

Ayah,
Aku tahu susah payahmu
Aku tahu deritamu
Aku tahu budimu
Semuanya kau persembahkan
Tanpa sedikit pun rungutan
Tanpa sedikit pun kemalasan
Demi membela diri kami sekeluarga.

Ayah,
Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan
Buatmu yang sentiasa jerih dan perit
Sanggup berkorban segalanya
Hanya kerana keluarga tercinta.

nash v. khan
19 Jun 2005
11.05 pm
puisi ini ditujukan khas buat ayahanda tercinta..Mohammad Radzi bin Awang...
segala jasa dan baktimu tidak berpenghujung dan tidak akan mampu untuk dibalas...
setiap kebaikan yang ada pada dirimu akan aku jadikan contoh dan tauladan..
setiap kekurangan yang ada pada dirimu, aku menyedari bahawa dikau insan biasa yang tidak mampu lari dari kesilapan.. 
tiada siapa mampu menjadi sesempurna Rasulullah..
namun ku mengerti dikau telah mencuba sedaya upaya melakukan apa yang terbaik buat diriku dan keluarga..
tiada siapa mengerti apa yang terbuku di hati..hanya menghukum melalui apa yang zahir..
ku menyedari dikau mengajarku mengenal dunia, mengenal Allah..Tuhan yang menghukum dosa dan pahala...dikau turut mengajarku bahawa syaitan itu musuh yang nyata..nafsu juga musuh yang nyata..hanya iman yang mampu melawan..
semoga dirimu terus menjadi idolaku sepertimana ibuku..Rohani Nordin..
semoga kalian berdua dilindungi dan dipelihara Allah tiap masa dan ketika...


ayah...


ayahku syg..


smoga kalian berdua berbahagia hingga ke akhir hayat..
umi dan ayah..



 
lagu buat ayah..

No comments:

Post a Comment