Sunday 18 March 2012

kenapa doa kita ditolak????



Kita sering kali berdoakan kepada Allah swt, akan tetapi kita tidak pernah menyiasat kenapa doa kita tidak dimakbulkanNya. 
Oleh itu, marilah kita lihat antara sebab-sebab doa tidak diterima oleh Allah: 

1- Kamu menyatakan bahawa kamu beriman kepada Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya 

2- Kamu mendakwa bahawa kamu mencintai Rasulullah SAW. Tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya. 

3- Kamu meyakini bahawa al-Quran itu adalah benar, namun kamu tidak mengamalkannya 

4- Kamu telah banyak menikmati nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya 

5- Kamu meyakini bahawa iblis dan syaitan itu adalah musuhmu, tetapi kamu menuruti segala tunjuk ajar mereka 

6- Kamu menyatakan bahawa kamu meyakini tentang wujudnya syurga, tetapi kamu tidak berusaha melaksanakan amal yang boleh membawa kamu ke sana 

7- Kamu menyatakan bahawa neraka itu benar, tetapi kamu kamu tidak berusaha menjauhkan diri darinya, bahkan melakukan perbuatan yang bakal mencampakkan dirimu ke sana 

8- Kamu menyatakan bahawa kematian itu adalah satu kebenaran, tetapi kamu tidak bersedia dengan amalan untuk menghadapinya 

9- Kamu sering memperkatakan keaiban orang lain, tetapi kamu lupakan keaiban dirimu sendiri 

10- "Kamu selalu menghantar jenazah ke kuburan, tetapi kamu langsung tidak mengambil iktibar daripadanya, bahawa kamu juga akan dibawa ke sana.” 

# sama-samalah kita muhasabah diri =)...


doa menjernihkan hati umpama air yang putih bersih..



doa melembutkan jiwa yg keras..
rasa tenang mlihat keindahan dan klembutan wrna bnga ini..


Allah..prmulaan dan pengakhiran segalanya..

No comments:

Post a Comment