Sunday, 18 March 2012

4 AMALAN SUNNAH SEBELUM TIDUR...



Tidur adalah tabiat semulajadi setiap insan..Tidak ketinggalan juga makhluk Allah yang lain seperti haiwan. Rasulullah ada meninggalkan beberapa sunnahnya untuk kita sama-sama ikuti..antaranya..

1- Tidur dengan berwudhu'.

RASULULLAH SAW bersabda mafhumnya :
"Apabila kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwudhu'lah dengan wudhu' kamu untuk bersolat, kemudian baringlah di atas rusuk kamu yang kanan"
[Al-Bukhariy/ 6311 , [Muslim/ 2712]

2- Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebelum tidur.

Daripada `A'isyah radhiyallanha `anha berkata mafhumnya :
RASULULLAH SAW apabila mendatangi katilnya setiap malam, dia mengumpulkan dua tapak tangannya, kemudian menghembus pada kedua-duanya, dengan membaca pada kedua-duanya : Qul huwALLAHU ahad, Qul a'uzu birabbil-falaq, dan Qul a'uzu birabbin-nas. Kemudian dia menyapu dengan kedua-dua tangannya pada apa yang dia mampu daripada tubuhnya, dia bermula dari atas kepalanya dan mukanya sehingga apa yang sampai daripada tubuhnya. Dia melakukannya sebanyak tiga kali. [Al-Bukhariy/ 5018]

3- Membaca takbir, tasbih dan tahmid apabila masuk tidur.

RASULULLAH SAW berkata kepada Fatimah ketika Fatimah meminta agar diberikannya seorang pembantu :

"Mahukah aku tunjukkan kamu berdua terhadap apa yang lebih baik untuk kamu daripada seorang pembantu? Apabila kamu berdua mendatangi katil, atau kamu berdua mengambil tempat tidur kamu, maka bertakbirlah ( Allahu akbar ) 33 kali, dan bertasbihlah ( Subhanallah ) 33 kali dan bertahmidlah ( Alhamdulillah ) 33 kali. Maka ini adalah lebih baik bagi kamu berdua daripada seorang pembantu "
[Al-Bukhariy/ 6318] NOTA: Bertakbir ialah menyebut Allahu akbar. Bertasbih ialah menyebut Subhana Llah. Bertahmid ialah menyebut Al-hamdu liLlah.

4- Solat witir

Dari Ibnu Abbas dalam Musnad Ahmad antara maksudnya :
Kekasihku sallallahu `alaihi wasallam mewasiatkan tiga perkara kepadaku (yang tidak akan aku tinggalkan sepanjang hayatku) ; berpuasa 3 hari setiap bulan, mengerjakan 2 rakaat solat dhuha dan bersolat witir sebelum tidur.
( Hadis Dhoif ) 

# sama-samalah kita praktikkan sunnah Nabi s.a.w...

 
meow pn tido jgak..comel kn..=)

No comments:

Post a Comment