Sunday 29 April 2012

SELAMAT HARI IBU


umi...Rohani Nordin

Sempena ari ibu pd tahun nie sy nk mngucapkan slmt hari ibu buat umi trsayang sy, Rohani Nordin.. saaaayang umi.. smoga umi sntiasa sihat n snyum slalu, d rhmati Allah, d plihara dari sbarang kcelakaan, pnyakit n masalah..smoga hbungan kita satu kluarga btmbah mesra n erat..ameen…
Saya ad satu crita yg sgt mndalam mksud trsirat d sbaliknya…
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya…

KOs upah membantu ibu :
1) TOlOng pergi kedai : RM4.00
2) TOlOng jaga adik : RM4.00
3) TOlOng buang sampah : RM1.00
4) TOlOng kemas bilik : RM2.00
5) TOlOng siram bunga : RM3.00
6) TOlOng sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama…

1) KOs
mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu . Si anak menatap wajah ibu , memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

                                         

Sesungguhnya kasih syg ibu tidak trhingga dan tak mmpu d bls oleh ssiapa pn..
Terima kasih umi… I love u umi..





No comments:

Post a Comment